Our Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 14, 2011

Ceritera Hari Ini

Hi...
Seperti yang dirancang...untuk weekend miey akan buat cheese tart.. tp malangnya x berkesempatan nk buat...sbb ade hal yg tidak dapat dielakkan... but then, i'll try to make it real.. but when..? hurmm... maybe soon.. but i'll update later.. hehe...
Hari ni, still sama macam hari yang sebelumnya... Cume terlebih bz jer.. Tp xper...sbb miey mmg suke bz... Seyes.. X suke la xde kj.. bosan... U noe what...? Miey x sabar2 nk tunggu jam 5.30ptg... Nk g date ngn hubby.. Pekena roti canai ptg2 ni best gak.. kan? ^_^
To my hubby ---> Can't wait to c u, n having a gud time with u...
<3 Hug & Kisses

Friday, November 11, 2011

Perancangan Hari Minggu (^^,)


Hari Minggu Hari Yang Indah....

Esok cuti...!!! So, hari ini miey mem'bz'kn diri melayari internet dan cari resipi2 untuk hubby dan family (yg dtg utk cuti2...hehe). Lagipun time sume ade ni la, miey ley try resipi baru. Seronok la..sbb byk kakitangan..!!! hehe... Cari punye cari... Tp miey fokuskan utk desert...sbb..klu masakan timur ni dah biase.... hehe.. nk cube cari resipi baru... so, jumpe la resipi RED VELVET CAKE dan BLUEBERRY CHEESE TART... Woooowww...!! Ni antara desert kegemaran... Tp xtau nk buat.. So, untuk esok...miey decide untuk buat BLUEBERRY CHEESE TART..
Ape lagi... Jom kite tgk ape yang diperlukan dan cara-cara membuat BLUEBERRY CHEESE TART ni...!!!
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart

  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.
  • Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
  • Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
  • Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
  • Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
    • 250gm cream cheese
    • 50gm gula kastor / gula halus
    • 1 biji telur Saiz B
    • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

  • Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. **JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  • Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. 1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. 2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik! 3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. p/s : kita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.
  • Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
  • Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
  • Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese
  • Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama...
    **** MuDahKan...!!! Kla, SELAMAT MENCUBE...!!! *****
    **** Esok kite tgk hasilnye... ^_^ *****
  • Thursday, November 3, 2011

    Hari ini hari yang ke 19 aku menjadi isteri kepada seorang suami, Mohd Khairul Abd Kadir. Sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan pasangan dan suami yang baik, bertanggungjawab dan sangat memahamiku. Terima kasih sayang kerana menyayangi dan menerima diri ini seadanya.

    Followers